Kumpulan Gamelan SAUA

ZP008

 Kumpulan Gamelan SAUA

  •   6 orang ahli muzik Talempong profesional dan penyanyi
  •   Alatan Muzik Lengkap (disediakan)
  •   Pengangkutan ( Ahli Muzik , Alatan Muzik dan teknikal )
  •   Harga tidak termasuk sistem bunyi ( sound system )
  •   Jangkamasa Persembahan Maksimum selama 45mnt - 2 jam
  •   Sesuai untuk muzik iringan / perasmian (Konvokesyen / Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran /          Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi).
  •   Boleh bermain lagu – Timang Burung,Ayak-ayak, Lonang, Topeng, Muleh, Lambang Sari, dan Sebagainya.

More details

Rating: 1.5/5 (17 votes)

More info

Kesenian gamelan Melayu dipercayai tiba di Tanah Melayu dari istana Kesultanan Riau-Lingga sejak kurun ke-17 lagi. Dikatakan bahawa sekumpulan penari dan pemuzik bersama alat muzik gamelan telah dibawa dari Pulau Penyengat, Riau pada 1811 bagi menyerikan perkahwinan Wan Esah, adinda kepada pemerintah Pahang, Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan Tengku Hussain, putera sulung kepada sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah III (1761-1812). Kesenian tersebut kemudian berkembang di istana Pahang dan dikenali sebagai ‘Joget Pahang’; malah turut disaksikan oleh Frank Swettenham, seorang pegawai British, sewaktu menjadi tetamu istana Sultan Ahmad al-Muadzam Shah (1882-1914) di Pekan, Pahang pada tahun 1875, seperti yang diceritakan dalam penulisannya berjudul ‘A Malay Nautch’. Antara Alat Muzik gamelan ialah terdiri dari Kromong, Saron Pekin, Saron Baron, Kenong, Gong dan Gendang. Kesemua Pemuzik adalah merupakan pemuzik yang profesional dan mempunyai pengalaman dan kebolehan yang diperakui di dalam industri muzik tanah air. Kebanyakan pemuzik yang terlibat untuk kumpulan ini sering membuat persembahan di dalam mahu pun di luar Negara seperti di Amerika Syarikat , Korea , Spain dan Thailand. Mereka Juga sering membuat persembahan bagi mengiringi artis-artis tempatan.

Blog: https://zamzaproduction.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/zamzapro/

Layari Koleksi Video Kami:

https://www.youtube.com/user/MrZamzahardi

Reviews

Write a review